Skip to main content

PENCERAIAN

ASSALAMUALAIKUM

Hai ...oleh kerana aku banyak search pasal benda ni jadi aku nak cite sikit pasal maksud penceraian.

Menurut blog faizalpoyan.blogspot.my , cerai atau Talak dari segi bahasa ialah melepas dan terlepas, manakala dari segi syarak ialah merungkai ikatan perkahwinan dengan
lafaz talak dan sebagainya, contohnya suami melafazkan talak.

Dalil talak disyariatkan daripada Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud " talak ( yang boleh dirujuk kembali hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) dipegang terus (isteri itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik."


Penceraian ada beberapa jenis iaitu penceraian biasa (iaitu suami melafazkan talak ), penceraian secara taklik, fasakh dan sebagainya.

Perceraian biasa ialah suami melafazkan cerai kepada isterinya, sama ada di luar mahkamah atau di dalam mahkamah, jika suami melafazkan talak di luar mahkamah contohnya di rumah maka salah seorang daripada suami atau isteri perlu menfailkan satu permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut, setelah hakim menyiasat dan terbukti lafaz tersebut maka hakim akan mengesahkan lafaz tersebut adalah sah dan jika hakim mendapati lafaz tersebut tidak sah ,maka suami isteri tersebut masih lagi dalam perkahwinan mereka.

Jika pasangan ingin bercerai, salah seorang perlu menfailkan permohonan perceraian di mahkamah, jika kedua-dua belah pihak setuju bercerai maka mahkamah izinkan suami melafazkan perceraian dan jika suami tidak bersetuju untuk bercerai maka mahkamah akan tetapkan satu tarikh untuk sesi kaunseling. jika selepas sesi kaunseling tersebut juga suami masih tidak mahu melafazkan maka kes tersebut akan di tutup, ini kerana permohonan perceraian tersebut adalah diatas suami sama ada suami bersetuju atau pun tidak.


Perceraian taklik dan fasakh adalah kuasa untuk membubarkan perkahwinan terletak kepada hakim, tidak seperti perceraian secara biasa yang terletak kepada suami.

Taklik ialah susuatu lafaz yang bersandarkan sesuatu contohnya "jika kau keluar daripada rumah ini jatuh talak satu" maka lafaz tersebut merupakan lafaz taklik.

Di Malaysia selepas akad nikah dijalankan, pengantin lelaki wajib melafazkan taklik yang terdapat di belakang sijil nikah, tetapi lafaz taklik tersebut berbeza-beza diantara setiap negeri, yang dah kahwin cuma balik tengok sijil nikah anda. 

contoh lafaz taklik yang terdapat di belakang sijil nikah tersebut ialah :

" Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik; jika 
(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;
(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau: 
(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluqi" ( ini lafaz taklik negeri kedah)

Jika suami memungkiri lafaz tersebut, si isteri boleh menfailkan pengesahan perceraian taklik, jika di dapati benar suami memungkiri lafaz tersebut maka hakim akan menjatuhkan talak walaupun ketika perbicaraan suami tidak hadir.

Perceraian fasakh pulak merupakan perceraian yang di sebabkan sesuatu, suami atau isteri boleh menfailkan untuk permohonan fasakh, permohonan ini boleh di failkan apabila terdapat sebab contohnya suami kerapkali memukul isteri, suami tidak memberi nafkah selama tiga bulan berturut-turut, suami mati pucuk. suami atau isteri gila dan sebagainya...Hakim akan meneliti sebab yang di nyatakan dan apabila hakim berpuashati bahawa sebab tersebut adalah benar maka mahkamah akan memfasakhkan suami isteri tersebut...

(Alhamdulillah...semoga urusanku berjalan dengan lancar)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Patah sayap bertongkat paruh

Hai assalamualaikum Pada hari yang sangat panas ni wawa teringat satu drama. Sebenarnya wawa tak layan drama melayu. Bukan sebab tak mau sokong ke apa. Tapi sebab kebanyakan drama melayu semua cerita pasal rampas suami orang, kacau bini orang, pakwe orang, tunang orang eh semua pasal rampas la memang ada dalam drama melayu... Baik layan drama korea.. Kan...beza sangat.. Tapi kali ni wawa rasa terdetik di hati nak layan drama "patah sayap bertongkat paruh" ni kat astro ria.. Sebab semalam mak ada cakap 'kak cik drama patah sayap bertongkat paruh lakonan fasha sandha tu sebiiiiiijik macam kisah