Skip to main content

gegar vaganza

Hai and assalamualaikum

Dah lama tak update blog aku yg kusam ni...
Minggu lepas aku tengok gegar vaganza astro channel 104 tu. Memang setiap minggu aku tunggu-tunggu nak tengok ni. minggu sebelum tu aku tak dapat nak tengok tau sebab berebut tv dengan
bapak aku. Abah suka tengok cite tamil. arghhhh geram. Aku mengalah la sebab takut abah tak nak datang umah aku lagi kan.

Tapi tak pe...bukan ape pon cite ni...cuma aku tunggu-tunggu nak tengok siti nor diana.
memang dari awal minggu aku suka tengok siti nor diana perform. Dia cam ayu-ayu gitu..dan yg penting dia sama cam aku. ibu tunggal. ahaks...(ntah ape2 )

Lagi satu kan aku suka tengok gegar ni sebab ada nabil n jihan musa...dorang lawak la..serius.haha...aku dok gelak je kalau tengok dorang ni.

Dalam pada gelak-gelak tu....tiba-tiba masa artis jemputan nyanyi..(.kopratasa tajuk permata buat isteri)
aku menangis...mak aku tanya , nape kak chik nangis?..aku diam seribu bahasa.
sebenarnya aku nangis bukan kerana aku rindu laki aku...tapi sebab aku rasa perempuan dalam lagu ni bertuah sangat. suami dia sangat sayangkan dia. suami dia sangat menghargai dia dan didik dia jadi wanita solehah..sedangkan aku??? sangat berbeza nasib dengan perempuan itu..aku tak pernah rasa dihargai , aku tak pernah rasa disayangi dengan sepenuh hati oleh insan yang bernama suami. huh.....
tolong lah wahai airmata jangan pernah mengalir lagi di pipi ini. aku dah penat!



Lirik Lagu Permata Buat Isteri – Kopratasa
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...