Bismillah......
Assalamualaikum
Alhamdulillah.... hujung minggu ni aku bercuti panjang. Dah lama rasanya aku tidak meng'update' blog aku ni. Allahuakbar, busy lah sangat. hehe. Sebenarnya sepanjang aku mendiamkan diri dari dunia berblog ni macam-macam hal berlaku pada diriku.
Setiap manusia di dunia ini akan sering diuji. setiap dari kita mempunyai masalah masing-masing. Allah uji dengan berbagai-bagai ujian. Sebabnya sama, samada Allah swt hendak tambah iman kita atau Allah swt hendak uji sejauh mana keimanan kita. Semua itu adalah rahsia Allah swt.
Dugaan....ye dugaan datang lagi dan lagi. Aku mengeluh, Apabila
kesedihan melanda, kumerasakan duniaku gelap, tiada lagi keghairahan untuk aku melakukan kerja tambah pula nak menulis, semuanya terhenti seketika, hati mula terasa pedih, semangat mula padam sedikit demi sedikit.
Lantas aku terbaca kisah Nabi Ayyub a.s. Allah s.w.t telah matikan anak-anaknya, tetapi baginda masih boleh bersabar. Allah s.w.t telah hancurkan harta bendanya. Namun baginda masih boleh bersabar. Baginda diuji lagi dengan penyakit kulit yang teruk, tetapi baginda masih boleh bersabar. Allah s.w.t uji dengan kejian dan cemuhan masyarakat, tetapi baginda masih boleh bersabar.Terakhir sekali baginda diuji apabila isteri yang amat dicintainya juga pergi meninggalkannya tetapi baginda masih terus bersabar.
Kerana kesabaran baginda selepas semua musibah yang menimpa, Allah s.w.t telah mengurniakan harta yang melimpah ruah. Allah s.w.t telah memberikan anak-anak yang ramai dan isteri yang solehah. Nabi Ayub a.s telah membuktikan cintanya kepada Allah s.w.t. walau dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang. Baginda tetap setia dengan cintanya kepada Allah s.w.t.
Astagfirullah...wahai sahabat-sahabatku sekalian, Jangan jadi seperti aku. Fikirkanlah,jika nak dibandingkan ujian yang Allah datangkan kepada kita dengan ujian yang menimpa Nabi Ayub a.s, kecil sangat musibah yang kita alami kan?. Semuanya kerana cinta Allah swt kepada kita. Kita seharusnya lebih sedar dan kita sebagai hambanya wajib membalas cinta kita kepada Allah s.w.t.
Dengan segala ujian dan dugaan yang mendatang sebenarnya Allah s.w.t nak didik kita supaya terus bersabar. Maka bersabarlah....syurga pasti menanti orang yang sabar.
Apabila ditimpa musibah dekatkanlah diri dengan Allah. Banyakkanlah beristigfar dan meminta ampun pada Allah. Allah swt tidak pernah zalim. sedangkan manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Mereka mengingkari perintah Allah. Allah swt memerintahkan supaya kita solat bukan untuk membebani manusia. tetapi kerana cintaNya terhadap kita. Begitu juga Allah perintahkan supaya kita menutup aurat dan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan juga kerana cintaNya terhadap manusia. Bayangkan jika kita mengingkarinya, kita tidak menjaga aurat dan membuatkan nafsu lelaki yang memandang bergelodak akibatnya banyak kes rogol dan lahirlah anak tidak sah taraf. Zina berleluasa. Jika kita tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan pastinya banyak kes-kes kecurangan berlaku. Allahuakbar...Islam itu indah. Jika kita mengikut semua yang disyariatkan in shaa Allah semua ini tidak berlaku.
Dalam hidup ini tiada siapa yang tidak pernah melakukan dosa. Tidak kiralah dosa kecil mahupun besar, maka Allah turunkan sedikit ujian dan dugaan bagi menguji sejauh mana kita mampu bersabar dan redho dengan ujian yang diturunkan. Jika kita terus memikirkan masalah dan terus menyalahkan takdir maka kita akan tertekan dan hilang pertimbangan. Sebaliknya, jika kita bersyukur dan bersabar serta redho dengan dugaannya maka kita akan nampak rahmat dan hikmah disebalik ujian yang datang. Jadi,bersyukurlah dan bersabarlah. Maka, Allah akan hapuskan dosa-dosa kita.
Oleh itu, berserahlah kepada Allah dengan sepenuh hati, positif kanlah fikiran dengan terus mencari penyelesaian, hikmah dan kebaikan di sebalik dugaan dan musibah yang diturunkan.
Terus kuat melawan hasutan syaitan kerana syaitan tidak pernah puas untuk menghasut kita supaya menjadi lemah selemah-lemahnya.
sekian...see u next entry. bye
SUMBER

- https://www.facebook.com/notes/anakkusolehcom
- http://akuislam.com/blog/renungan/ujian-daripada-allah
- http://www.tengkuasmadi.com/
Comments
Post a Comment