Skip to main content

Misteri Kellie's Castle

Hai assalamualaikum
Mak kata cerita ini dah basi. Basi atau tidak wawa memang tak mau pikiaq...sebab bukan senang mood nak menaip ini datang...sejak dua menjak ini diriku entah mengapa diselubungi penyakit 'm' ...maka sesungguhnya wawa tengah menghargai detik 'rajin' ini. ☺



Kellie castle yang terletak di Batu gajah Perak ini menjadi tarikan pelancong kerana struktur bangunannya yang unik dan masih kekal kukuh walaupun telah berusia 112 tahun.



Selain itu, rumah agam ini menjadi tarikan pengkaji paranormal kerana ia dikatakan berhantu. Kellie's Castle ini dikategorikan antara lima lokasi paling seram di Malaysia. Pelancong hanya dibenarkan berada di sini sehingga jam 6 petang sahaja. Sekitar jam 5.30 petang hingga 7.30 malam dan jam 2 pagi hingga 3 pagi adalah waktu puncak hantu Kellie's Castle berpeleseran.
 Ketika pertama kali wawa menjejakkan kaki ke dalam istana ini wawa dapat rasakan jika datang ke sini pada waktu malam mesti 'sesuatu' akan muncul. Suasana seram menyelubungi diri ini walaupun ketika itu jam 1 petang...mungkin juga sebab wawa suka tengok cerita hantu. Pengaruh besar juga tu. 
Keadaan dan struktur istana yang tidak siap ini menjadikan ia bertambah misteri. Paling seram wawa rasakan dalam bilik anak perempuan Wiliam...Helen. di situlah ramai pengunjung kata selalu terdengar budak perempuan menangis. Tak sempat nak snap gambar bilik Helen sebab wawa tak selesa berada lama di situ.




Pada pendapat wawa kalau anda seorang yang suka 'photoshoot' tempat ini sangat sesuai...kerana keunikan bangunannya nampak cantik sangat dalam gambar..kalau ada 'drone camera' lagi best




Haaa kan...walaupun seram tapi cantik je dalam gambar. Sebenarnya ketika gambar ini diambil wawa bukan selesa pun sebab panas sangat tak pakai sunblock plak tu...haha tapi bila tengok balik hasil dia...wow....cantik tempat ini walaupun berhantu.





Bagi mereka yang sukakan cabaran dan ingin bertemu entiti penghuni istana ini anda boleh menyertai program Pelancongan Malam Paranormal. Idea untuk memperkenalkan program ini adalah susulan daripada pengalaman Pengurus Besar Istana Kellie Zamari Muhyi yang dikatakan pernah 'berkomunikasi' dengan roh tukang dobi dari Madras, Mr Gopal yang pernah bekerja dengan keluarga Smith.

Program Paranormal Kellie Castle
  • Bayaran rm 80 seorang termasuk insuran
  • Dibuka 4 hari sahaja sebulan iaitu jumaat dan sabtu 2 hari minggu pertama dan 2 hari minggu terakhir
  • Terhad 40 orang sahaja setiap malam
  • Terbuka pada pengunjung berumur 17 tahun ke atas sahaja
  • Mereka yang lemah semangat, masalah jantung darah tinggi serta perempuan dalam keadaan haid dilarang menyertai program ini
  •  Untuk maklumat dan tempahan lanjut boleh hubungi pejabat urusan Kompleks Pelancongan Kellie's castle dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Ok sekian sahaja cerita wawa tentang kellie's Castle yang unik ini...
Byeee




Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...