Skip to main content

Review 'Den Of Thieves'


Hai assalamualaikum
Pada petang khamis yang lalu wawa balik awal...biasalah kedah kan so peluang ini wa tak akan sia-siakan untuk tengok movie(my favourite). Wawa memang suka layan action movie. Untuk mereka yang kaki movie kalau hall yang kecil wa sarankan
pilih tempat duduk sebelah tepi so anda tak akan terlepas semua scene kerana penglihatan kita akan jadi lebih luas.

Den of thieves merupakan cerita aksi rompakan arahan pertama Cristian Gudegast (penulis skrip filem London has Fallen).
Filem ini dibintangi oleh pelakon utama Gerard Butler, Publo Schreiber, Oshea Jackson Jr., Evans Jonas, Dawn Olivieri, Mo Mcrae dan Max Holloway.

Trailer filem ini banyak menimbulkan tanda tanya tentang siapakah yang lebih bijak mengatur strategi samada perompak atau polis? Adegan tembak menembak memang sangat menarik perhatian wawa. Wawa suka part action ni. Pada wawa perompak tu bagi head shot memang awesome. 

Di pertengahan cerita flanagan( Gerard Butler) mengalami masalah rumah tangga. Beliau seorang polis yang hebat tetapi malangnya berlaku salah faham antara Flanagan dan isteri sehingga terjadinya penceraian. Agak sedih part ni sebab tiba-tiba wawa teringat kes wawa dulu (dah kenapa aku masuk dalam cerita nih)😂😂

Aksi klimaks cerita ni paling wawa suka dan mendebarkan semasa Merrimen dan geng dia berjaya melepasi kawalan ketat bank terbesar di Los Angelas. Memang ternyata mereka perompak profesional. Terdapat scene tembak menembak lagi antara perompak dan polis yang membuatkan wawa tertanya-tanya siapa nak mati dulu ni? Plan siapa yang paling hebat? Siapa lagi bijak ni? dan cara mereka pegang senapang sangat bergaya la 😂😂.( part tu pulak wa fokus)

Pada pendapat wawa filem ini banyak sangat buat kepala penonton berfikir (bagus tau untuk senaman otak) dan ending dia memang awesome dan bijak. Sesuatu yang diluar kotak fikiran wawa. By the way, untuk filem ini wawa bagi 5 bintang. 
Pesanan wawa untuk yang ingin menonton cerita ini jangan sesekali bawa budak di bawah 18 tahun. Sangat tidak sesuai kerana terdapat aksi dan kata-kata kasar dalam filem ini.
Ok selamat menonton...bye.

Comments

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya