Skip to main content

Ciri-ciri Sunscreen terbaik





Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya
"awak pakai sunscreen tak?". Sebab masa tu kulit wawa dah nampak timbulnya jeragat. Tapi wawa tak mau la story mengenai jeragat sebab kali ni wawa nak tekankan mengenai pemilihan sunscreen yang baik untuk kulit wajah.

Oleh kerana wawa dah pakai set skincare Body Shop so, wawa cuba sunscreen dari BS tanpa wawa study terlebih dahulu. Wawa pula kerja dalam air cond jadi wawa langsung tidak perasan yang sunblock yang wawa guna sebenarnya langsung tidak membantu dalam melindungi kulit dari pancaran cahaya matahari. Bila wawa pergi ke pantai atau berada lama bawah pancaran matahari kulit wawa jadi 'burn'. kenapa ya? boleh baca sini 



Sunscreen terbahagi kepada 2:

physical dan chemical sunscreen. Seharusnya anda tahu dahulu, chemical dan physical sunscreen kedua-duanya mempunyai bahan chemical kerana air dan oksigen juga dikira chemical. Jadi, yang membezakan chemical sunscreen (organic sunscreen) dan physical sunscreen (inorganic sunscreen atau sunblock) adalah kandungan uv filter yang terdapat di dalamnya.

Ciri-ciri chemical sunscreen : 
Avobenzone,oxtinozate,oxtisalate,Homosalate, retinyl palmitate, Oxybenzone,Helioplex, 4-MBC, Mexoryl SX and XL, Tinosorb S and M, Uvinul T 150, Uvinul A plus.

Physical sunscreen:
zinc oxide, titanium dioxide.

Sunscreen yang perlu dielakkan:

1. jangan beli sunscreen yang mengandungi Oxybenzone (benzophone-3)
bahan ini boleh menyebabkan reaksi kimia bila terkena sinaran matahari.
Reaksi kimia ini boleh menyebabkan alergi pada kulit yang eksim dan ianya boleh mengganggu hormon. Banyak kajian yang menunjukkan bahan ini sangat bertoksid. Wawa pernah pakai chemical sunscreen yang ada 'oxybenzone' memang pedih kulit wawa. Jadi seboleh-bolehnya wawa elak sunscreen yang ada bahan ini.

2. Retinyl Palmitate 

retinyl palmitate adalah kombinasi retinol (vitamin A) dan asid palmitik. Apabila terdedah dengan matahari retinol pecah dan akan memproduksi radikal bebas yang akan meracuni sel, merosak DNA dan menyebabkan kanser.

3. Spray sunscreen
Spray sunscreen tak bagus sebenarnya sebab bila kita spray kita berisiko menyedut kesemua chemical yang terdapat dalam sunscreen. 

Ciri- ciri sunscreen yang baik

1. Broad spectrum - bererti sunscreen yang boleh melindungi kulit dari 
UVA dan UVB. UVA adalah sinar yang menembusi kulit yang akan menyebabkan kulit nampak tua, kusam, cepat berkedut, dan jeragat(freckles).
UVB pula adalah sinaran yang tidak menembusi kulit. UVB inilah yang akan buat kulit terbakar. Selalunya sunscreen yang ada label 'broad spectrum' ni mengandungi Zinc Oxide dan titanium dioxide. Zinc oxide ni adalah bahan yang kaya dengan antioxidant dan paling selamat untuk kulit sensitif. Zinc Oxide juga melindungi kulit dari sinar UVA1, UVA2 dan UVB. Manakala Titanium dioxide hanya melindungi kulit dari sinar UVA1 . So, wawa tak akan pilih sunscreen yang hanya mengandungi titanium dioxide sahaja. Wajib cari yang ada kedua-duanya. 

2. SPF - Kadar SPF minimal yang direkomendasikan adalah SPF30. Kalau SPF 30 ni selalunya kena pakai setiap 2jam. Wawa sarankan cari yang SPF 50. Boleh tahan sampai 4 jam. Kalau SPF terlalu tinggi pun tak elok juga.

3. 'Minimal whitecast'. Maksudnya yang tak buatkan wajah kita putih macam pontianak. Perasan tak ada sesetengah sunscreen yang bagi muka kita putih?
Lepas tu kita pakai foundation lagi la nampak putih kan..tu yang macam pontianak tu. Contohnya sunscreen ni 




wawa tak rekoman pakai yang ni. sangat memberi kesan 'white cast' tu. Oleh kerana dah terbeli hari tu jadi Wawa pakai sapu kat tangan dan kaki je la. Nampak putih sikit kaki dan tangan :p

4. Tekstur yang bagus bila kita 'blend' dekat kulit. Ini sangat penting tau sebab kalau ianya melekit dan berminyak bila pakai bedak atau foundation mesti nampak bercapuk. Ciri ini sangat penting sebab kita nak pakai hari-hari.

Oleh yang demikian, pilihlah sunscreen yang terbaik untuk kulit anda. 

Thank you for reading.
Daaaaaaa.




SUMBER


  1. https://journal.sociolla.com/beauty/chemical-vs-physical-sunscreens
  2. https://lifestyle.kompas.com/read/2018/03/20/074702920/5-hal-yang-perlu-diperhatikan-saat-membeli-tabir-surya
  3. http://ciricara.com/wp-content/uploads/2014/05/14/02-woman-applying-sunscreen-lgn.jpg






Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Patah sayap bertongkat paruh

Hai assalamualaikum Pada hari yang sangat panas ni wawa teringat satu drama. Sebenarnya wawa tak layan drama melayu. Bukan sebab tak mau sokong ke apa. Tapi sebab kebanyakan drama melayu semua cerita pasal rampas suami orang, kacau bini orang, pakwe orang, tunang orang eh semua pasal rampas la memang ada dalam drama melayu... Baik layan drama korea.. Kan...beza sangat.. Tapi kali ni wawa rasa terdetik di hati nak layan drama "patah sayap bertongkat paruh" ni kat astro ria.. Sebab semalam mak ada cakap 'kak cik drama patah sayap bertongkat paruh lakonan fasha sandha tu sebiiiiiijik macam kisah