Skip to main content

Derma E Natural Mineral Sunscreen


Hai semua. Seperti yang dijanjikan hari ni wawa nak review sunscreen yang sangatlah terbaik untuk semua jenis kulit. Kenapa ye wawa ni asyik cakap pasal sunscreen/sunblock je ni?
Sebenarnya wawa nak anda semua tahu
betapa pentingnya pakai sunblock ni sebelum menjalani kehidupan seharian. Kebanyakan daripada kita sering terlupa tentang kepentingan sunblock kan? Asyik nak cari cleanser dan pelembab je kan?
Wawa tak mau kawan-kawan semua jadi macam wawa.. Kulit dah rosak dan naik freckles baru sibuk nak cari sunblock. Huhu. So teruk! Eh banyak pula membebel.

So, tadaaaa this is it.. DERMA E NATURAL MINERAL SUNSCREEN

tengok kotak dia pun dah nampak natural dan organic sangat kan.. Hijau dan putih. 
Wawa suka sunscreen ni sebab this is the only sunscreen yang ada 20% zinc oxide.... Wow.... Wawa sangat teruja. Perasan tak kebanyakan sunblock or sunscreen dia tak mention pun berapa % zinc oxide kan...


Yang paling penting sunscreen ni tiada paraben


No parabens
No phthalates
No formaldehyde
No petrolatum
No sulfates
No mineral oils
No artificial colour
No artificial fragrance

Yeayy finally wawa jumpa yang tiada fragrance.. Sebab wawa elergi pada produk yang ada fragrance. Sunscreen ni memang sesuai sangat pada mereka yang mempunyai kulit sensitif. Dah hampir sebulan wawa pakai. Memang langsung tak naik breakout or oily. Yang paling wawa suka ianya langsung tiada 'white cast'  
Bila pakai tak sticky dan muka macam kulit asal kita.... Tak la putih dan nampak oily. Actually produk ni made in US. Harga tak mahal pun. Sangat berpatutan dan berbaloi dengan kebaikan yang ada didalamnya. Tapi ingat ye pakai sunscreen ni janganlah pakai sikit-sikit je... Biar memenuhi segenap ruang pada kulit wajah kita ye. Barulah boleh betul-betul melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB. 
Wawa sangat-sangat rekoman sunscreen ni.

ok selamat mencuba. 
Daaaaa


Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Patah sayap bertongkat paruh

Hai assalamualaikum Pada hari yang sangat panas ni wawa teringat satu drama. Sebenarnya wawa tak layan drama melayu. Bukan sebab tak mau sokong ke apa. Tapi sebab kebanyakan drama melayu semua cerita pasal rampas suami orang, kacau bini orang, pakwe orang, tunang orang eh semua pasal rampas la memang ada dalam drama melayu... Baik layan drama korea.. Kan...beza sangat.. Tapi kali ni wawa rasa terdetik di hati nak layan drama "patah sayap bertongkat paruh" ni kat astro ria.. Sebab semalam mak ada cakap 'kak cik drama patah sayap bertongkat paruh lakonan fasha sandha tu sebiiiiiijik macam kisah