Skip to main content

Bengkel Penulisan Novel

Hai assalamualaikum =)

Alhamdulillah....harap semua sihat la ye....
Pada 26 dan 27 mac 2016 yang lalu aku telah menghadiri satu bengkel penulisan novel. Alhamdulillah, syukur ya ALLAH. Memang dah lama kutunggu. 
Bengkel ini dianjurkan oleh Akademi Penulis. Bengkel ini diadakan di ARA PARTNERS, Taman Melawati KL. Kebetulan adikku wanie memang tinggal berdekatan kawasan situ juga. So, aku decide untuk drop anak-anak aku di rumah dia je...haaa mudah urusanku..alhamdulillah...syukur pada Allah..thanks wanie =)

Semua orang agak terkejut apabila aku
khabarkan aku akan menghadiri kursus ini. Hehe. Mana tak terkejutnya aku ni kan selalunya suka berangan je dan sering cakap kosong. Aku memang seorang yang suka buat kerja separuh jalan. Aku seorang yang langsung tiada keyakinan diri untuk memajukan diri sendiri. (Aku sedang cuba berubah untuk menjadi yang sebaliknya).

By the way, aku ni memang suka berangan dan suka layan cerita korea.
Pada pendapat aku orang yang suka berangan ni jangan sesekali sia-siakan bakat berangan anda. Persembahkan dalam bentuk penulisan. Terpulanglah dalam bentuk penulisan kreatif atau tidak kreatif. Oleh kerana perjalanan hidupku agak berliku-liku berbanding orang lain, jadi aku rasa lebih baik aku fiksyenkan ceritaku menjadi sebuah cerita yang boleh memberi pengajaran dan manfaat pada para pembaca. Duhai sahabatku, dalam setiap penulisan kita sebenarnya ia mampu merubah orang yang membaca. Sebagai penulis, kita boleh membawa pembaca kita ke syurga atau neraka. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita tulis.
Itu adalah pesanan dari penceramah dalam bengkel yang aku hadiri itu.....jom berkenalan dengan novelis yang sangat berbakat ni.....layan!!!!


Haaaa ni la penceramahnya, Puan Haryani Kamilan. Puan Haryani adalah seorang novelis. Buku pertama dia bertajuk Hilangnya Seri Malam terbitan Ahadiat Akashah. Lepas novel pertama diterbitkan beliau bekerja sebagai wartawan di kumpulan Media Karangkraf, kemudiannya penulis di syarikat penerbitan drama dan filem, Red Communications, seterusnya belilau menjawat jawatan sebagai editor , pengurus penerbitan dan eksekutif jualan senior di PTS Media Group.
Antara novel beliau yang pernah mendapat kedudukan pertama dalam carta MPH pada tahun 2008 adalah Gelora Asmara, Aku, Espresso dan Latte, Cinta Kita Macam Dalam Drama TV dan 5 siri kanak-kanak.

Hebatnya Puan Haryani ni...Bila dengar beliau bercerita tentang dirinya aku jadi sangat kagum dan teringin nak jadi seperti beliau.




Gambar di atas menunjukkan para peserta yang hadir tengah belajar dengan tekun.  heeeee.
Pelbagai peringkat umur tau....Aku rasa aku antara yang paling muda kot. Ada yang datang dari kedah. MasyaAllah sangat bersemangat untuk menuntut ilmu penulisan ni. Semoga kita semua dapat mencapai cita-cita kita untuk menjadi seorang penulis dan sentiasa mendapat redho ILahi.....in shaa Allah.

Melalui kursus ini aku dapat banyak ilmu yang sangat membantu aku bagi menyusun cerita, menulis dialog, prolog, naratif ayat dan banyak lagi untuk aku hasilkan sebuah novel yang terbaik dan menarik.
Setiap cerita haruslah mempunyai permulaan cerita, klimaks dan penutup cerita.
Alhamdulillah dalam banyak-banyak kursus yang aku hadiri sebelum ni....kursus ni je yang aku tak tidur....hehe...sebab aku suka dan minat sangat dengan dunia novel ni. So, kalau korang nak tulis novel, rahsianya adalah banyakkan tengok movie, tengok drama ke. Kalau aku kan....aku suka tengok wayang..tapi yg free la...hehe. Maksud aku, orang belanja. Kalau aku sendiri nak g memang tak la...hehe.
Selalu la layan korea ye sahabat-sahabat, bagi aku, cerita korea ni jalan cerita dia best sangat...and of course aku tengok sebab hero yang handsome and heroin yang cantik je.


So, sebelum aku akhiri malam ini...aku nak korang layan gambar nyawa-nyawa aku dulu.....heeee =)

Balik dari kursus diorang datang jemput aku....then kami gi main kat taman tasik Titiwangsa.
hehe....layan...........ops....aku terpaksa crop muka aku yang sedikit berminyak dan keletihan tu ...haha...spoilkan gambar diorang je kan....

babai....see you next entry =)


 




Comments

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya