Assalamualaikum semua =)
Alhamdulillah....dah lama sangat aku tak jenguk blog aku ni. Ada seseorang mengatakan yang aku ni hanya hangat-hangat tahi ayam. oh, tidak!
Sesungguhnya aku bukan hangat-hangat tahi ayam, cuma aku agak sibuk menguruskan hal anak-anak dan kehidupan baruku.
Syukur kepada ALLAH S.W.T berkat aku naik turun ke mahkamah selama
7 bulan akhirnya aku diceraikan dengan talak 1. ALLAHUAKBAR!
7 bulan akhirnya aku diceraikan dengan talak 1. ALLAHUAKBAR!
Talak dijatuhkan oleh pihak mahkamah kerana bekas suami enggan melafazkan talak.
Perasaan aku? perasaan aku ketika talak dilafazkan, hanya ALLAH yang tahu. Terasa segala beban yang berat di kiri dan kanan bahuku hilang sekelip mata!
Ingat ye puan-puan, seandainya pihak suami enggan melafazkan talak, jangan risau mahkamah ada. Jika pihak mahkamah merasakan yang tiada persefahaman lagi antara suami dan isteri hasil dari siasatan mereka, maka mahkamah akan memutuskan cerai adalah yang terbaik.
Aku bukanlah nak menggalakkan penceraian, Sesungguhnya penceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Walau bagaimanapun, jika sesuatu perkahwinan itu tidak membawa kebaikan kepada rumah tangga, tidak membawa perubahan kepada diri kita untuk terus ke jalan Allah dan hanya membawa kesakitan mental dan fizikal pihak isteri, jangan rasa bersalah untuk pergi ke pejabat agama minta pendapat. Tolong jangan pendam seorang diri. Jika tersiksa jiwa dan raga, luahkanlah kepada sesiapa yang boleh dipercayai. Jangan tinggal doa dan dekatkan diri kepada Allah. Dulu, ketika menerima tamparan hebat ini pernah juga aku fikir nak bunuh diri. ALLAHURABBI! bodoh kan aku? nasib baik ada anak-anak, Aku tersedar apabila ada seseorang yang kata padaku " ko ingat dengan bunuh diri boleh selesai masalah? anak ko tu macam mana kalau ko tak de nanti?". Ye, betul sangat apa yang kau kata tu! terima kasih beb! Kau selalu ada ketika aku hampir jatuh rebah ke bumi.
Minta keampunan dari Allah. Bertaubatlah kawan-kawan. Minta ampun pada ALLAH dahulu. dan terus berdoa semoga Allah tunjukkan jalan. Lelaki yang baik tidak akan menyakiti isterinya. Lelaki yang baik tidak akan menipu isterinya. Lelaki yang baik akan menghargai segala pengorbanan isterinya. Lelaki yang baik akan menerima segala kekurangan isterinya, lelaki yang baik akan terima isteri seadanya. Dan percayalah.... lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik! (tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia)
Aku merasakan kehidupanku sekarang jauh lebih tenang. Selepas diduga dengan rumah tangga yang bergolak, aku diduga dan terus diduga. Betullah kata seorang sahabat, "wa, bercerai ni satu masalah je selesai, tetapi 17 masalah akan datang pada kau".
Masa tu aku hanya fikir nak lari jauh dari dia, dan aku yakin aku boleh hadapi semua 17 masalah itu.
Masa tu aku hanya fikir nak lari jauh dari dia, dan aku yakin aku boleh hadapi semua 17 masalah itu.
Sekarang, nah ambik kau! aku tengah menghadapi 17 masalah itu. Rasa tak kuat, rasa susah, penat!
Anak. Ye anak! rasa lemah apabila kerap di soal anakku,
"kenapa umi tak balik rumah lama? Rumah lama kan ada abah, umi, afy, fal, billa.jomlah balik umah lama umi". Air mata terus mengalir dan mengalir. Allahuakbar....wahai anakku, seandainya kau faham segala apa yang berlaku.
Kadang-kadang aku terfikir, ini semua salah aku ke? aku ke yang buat kehidupan anak-anak aku tak lengkap? aku ke punca segala yang berlaku? argh.......tiada jawapan!
Rasa nak lari je. Lari jauh dari tempat ni. Tempat ni banyak sangat kenangan pahit. Aku benci bila terpaksa juga berhadapan dengan orang yang menyakitkan hati aku. Semoga aku diberi kekuatan untuk bersabar dengan mereka yang memfitnah aku. Tak cukup ke sakitkan aku selama 5 tahun? kenapa nak siksa aku lagi. kau nak tengok aku rebah? kau nak tengok aku susah? kau harapkan aku sujud dikakimu? in shaa Allah semua tu tak akan berlaku. ALLAH kan ade!
Walaupun macam-macam rintangan aku tempuh, tapi hati jauh lebih tenang berbanding dulu. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah tidak akan duga kita di luar kemampuan kita sendiri. Aku yakin ada hikmah yang tersembunyi disebalik dugaan ini. Aku yakin ada kesempatan yang boleh aku ambil disebalik kesempitan yang Allah beri kepadaku ini. Aku juga yakin yang ALLAH masih sayangkan aku.

Ya ALLAH, ampunkanlah segala dosa-dosaku. Kau dah banyak tolong aku, Kau dah banyak beri aku peluang, tapi aku???. Aku langsung tak beri apa-apa balasan kepada kebaikan yang telah Engkau berikan. Hanya dosa yang aku persembahkan. Ampunkan aku ya ALLAH. Aku khilaf!
Semoga aku dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik selepas ini. Semoga ALLAH SWT dapat menerima taubatku. Semoga aku lebih dekat denganMu ya ALLAH. Semoga aku didekatkan dengan orang yang boleh membawa aku menuju ke jalanMu Ya ALLAH. Jalan yang Engkau diredhai.
AMIN.....
ALLAHUAKBAR!
wassalam.....jumpa lagi di entry yang lain. in shaa ALLAH. =)
wassalam.....jumpa lagi di entry yang lain. in shaa ALLAH. =)
Comments
Post a Comment