Hai assalamualaikum.....
First of all, aku tidak layak sebenarnya nak bagi tips ni tetapi memandangkan aku rasa tips nih sangat membantu kepada semua single parent di luar sana yang agak tertekan menguruskan anak-anak sendirian terutamanya yang lebih dari seorang. Jadi, aku rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu ini.
Penceraian
bukanlah sesuatu yang diinginkan dan diharapkan di dalam sesuatu perkahwinan. Begitu juga kematian, bukanlah sesuatu yang kita boleh rancang dalam kehidupan kita. Seandainya semuanya adalah takdir dan sudah tertulis buat kita, kita kenalah bersabar dan terima qada dan qadar ini dengan lapang dada.
Membesarkan anak seorang diri adalah sesuatu yang sukar kerana masa yang lebih diperlukan untuk menjalankan tanggungjawab dalam semua aspek. Kesibukan dalam menjalankan tugas di tempat kerja dan tanggungjawab untuk mendidik dan mengasuh anak boleh mendatangkan tekanan kepada single parent ini. Jika sebelum ini anda melakukan aktiviti berdua dengan pasangan tetapi sekarang semuanya anda terpaksa buat sendiri. Jadi bagaimana untuk mengatasinya? tak kan nak balik rumah ibu bapa? sian mak ayah kita. Biar la mereka berehat dan beribadat. Kita kena berdikari walaupun sukar. Jadi bagaimana caranya?
Baru-baru ini aku dan anak-anakku lepak-lepak sambil menonton tv , astro oasis siaran 106. Sedang kami kusyuk tengok tanah kubur yang bertajuk 'kejinya zina' itu, ada satu part tu ibu dia tengah memarahi anak dia dan memukul sambil menengking anak dengan muka bengis dan marah. Then, anak aku yang sulung tu pun dengan lantang bersuara,
"umi, tengok dia pukul. Dia jahat la macam umi".
Allahuakbar! terkejut aku dengan statement anak aku tu. Lantas dengan baik-baik aku cakap " abang Fal sayang, umi marah abang selama ni bukan sebab umi jahat ye sayang, umi marah sebab abang Fal buat salah. Jadi umi kena tegur dengan tegas sebab sebelum tu umi cakap baik-baik abang Fal tak dengar, malah abang Fal ketawakan umi".
Tapi sebenarnya aku agak terkesan dengan kata-kata anakku. Memang salah aku.
Masa aku marah dan pukul kaki anak aku tu aku tak explain pada dia kenapa aku pukul. Yela dia budak lagi mana dia faham nape aku marah sangat. Bagi mereka, orang yang sakiti mereka adalah orang jahat, sejahat raksaksa yang pukul Ultraman. Sepatutnya aku kena terangkan elok-elok dan jelaskan pada dia yang aku bukan nak pukul dia, sebaliknya aku nak pukul syaitan yang berada dalam badan dia yang telah menghasut dia untuk menjadi jahat. Haaaaa kan bagus kalau terang macam ni kan....so, dia tak kan panggil aku raksaksa lagi.
Gambar sekadar hiasan
Berikut ada beberapa petua untuk menghadapi kehidupan dan mendidik anak sebagai single parent. Petua-petua ni aku ambil dari pengalaman mereka yang sudah menjadi ibu unggul dan hebat dalam mendidik anak-anak seorang diri sehingga berjaya.
Face the truth
Mula-mula sekali dan yang paling penting untuk single parent adalah terima kenyataan. Terimalah hakikat bahawa anda seorang diri. Jangan asyik menangis dan bersedih dengan nasib diri.Come on lady u can do it! Segala urusan selepas ini berkenaan kehidupan anda mahupun anak-anak, anda kena uruskan sendiri. Nak tak nak terpaksa juga hadapi dan jalankan sebab tiada siapa pun nak tolong. hehe. haipppp ganbatte kudasai!!!!!( berusahalah bersemangatlah).
Menjadi sahabat baik anak-anak
Sebagai single parent, anda kena jadi both ibu dan bapa kepada anak-anak anda. Jadi, anda tidak boleh terlalu lembut dan terlalu 'menyinga'. Salah seorang sahabat pernah memberitahuku yang anak lelaki suka dipeluk. Ye, ini memang betul. Selalulah peluk anak-anak anda supaya mereka berasa dekat dengan anda. Komunikasi dengan anak-anak sangatlah penting. Selalulah meluahkan perasaan dan bercerita dengan anak-anak. Kalau anak minat ultraman so, ceritalah dan jadilah ultraman mereka. heee. Apabila anda dapat menjadi sahabat mereka, mereka juga akan lebih menghormati dan menyayangi anda. In shaa Allah.
Bersikap Positif
Bagi anak-anak yang kecil terutamanya, dia tidak akan faham apa yang terjadi antara anda dan bekas suami. Anak- anak tetap menganggap bapalah hero mereka. Jadi jangan bersikap negatif dan sentiasa bercakap yang baik mengenai bapa mereka. Jangan sesekali memburukkan pasangan di depan anak-anak.
Menjadi sihat
Uruskan diri sendiri dan masa dengan bijak. Pastikan anda mengambil makanan yang sihat. ingat! Kalau anda sakit siapa yang akan menguruskan anak-anak anda. Kena bijak uruskan masa untuk bermain bersama anak-anak. Jangan biar anak merasakan dia kehilangan ibunya juga. Dah la tak da ayah nak main-main tembak-tembak ibu pula sibuk cari duit. Jadi mereka akan berasa kosong seperti lagu Najwa Latif yang bertajuk 'kosong-kosong'. ( Heee iklan). So, kena la beringat. Jaga kesihatan diri untuk anak-anak dan jangan bekerja terlalu kuat. Mereka perlukan belaian dan kasih sayang anda.
Jangan berasa bersalah
Jangan pernah merasakan, 'akukah punca anak-anak aku tiada bapa?' atau 'aku kah punca anak-anak aku menderita?' oh tidak!!!
Jangan pernah anda berfikir begini. Cuba pandang dari sudut positif, jika anda tidak bercerai, akan tetapi anda sering bergaduh dengan suami dan cakap terpekik terlolong di hadapan anak-anak.Atau mungkin bila pergaduhan berlaku anda atau suami akan baling barang ke dinding misalnya, adakah anda rasa semua ini elok dilihat anak-anak? atau contoh lain, jika si suami kaki pukul, menendang dan memukul si ibu depan anak-anak adakah ini perkara baik untuk mental anak-anak anda?
semestinya tidak bukan? Jadi fikirlah ini adalah untuk kebahagiaan anak-anak. Anak-anak akan lebih tenang dan aman jika hidup dengan salah seorang sahaja berbanding hidup bersama tetapi sering tertekan dengan perbalahan ibu bapanya.
Bergaulah Dengan Orang Lain
Selalulah bersama ahli keluarga yang lain supaya anak tidak berasa kosong dan sunyi akibat ketiadaan ayah. Bergaulah dengan single parent yang lain untuk membantu anda membina semangat dan belajar dari pengalaman mereka. Ringankan mulut untuk meminta tolong jiran tetangga seandainya mempunyai masalah di rumah.
Kesimpulannya sebelum apa-apa terjadi, jika anda isteri yang tidak bekerja kumpullah duit sendiri dan cari kerja sambilan. Sekarang kan banyak kerja yang kita boleh buat di rumah sambil-sambil mengasuh anak. Kita tidak tahu jodoh kita dengan pasangan tu sampai mana. Masih jauh perjalanan hidup kita ini. Persediaan duit yang cukup untuk masa hadapan sangatlah penting. Ingat ye, simpan duit ni jangan pernah beritahu pada suami. RAHSIA!!!! untuk masa depan anda dan anak-anak.
Walaupun anda ada suami, belajarlah menjadi wanita yang berdikari. Jangan terlalu bergantung harap pada suami dan orang lain.
Pertanyaan? persoalan? Memang tidak dapat dinafikan anak-anak akan bertanya kenapa ibu dan ayah tidak tinggal bersama lagi. Sebagai ibu anda harus menjawab segala pertanyaan anak-anak. berikan jawapan dengan penerangan yang jelas kepada mereka setaraf dengan umur anak-anak..Pasti suatu hari nanti mereka akan faham juga.
Akhir sekali, be positive! jujur dengan anak-anak jika anda mengalami sebarang kesulitan dan kesusahan. Yakinkanlah anak anda segalanya akan bertambah baik. Bersemangatlah dan terus kuat dalam menghadapi segala rintangan dan dugaan as a single parent! chaiyok! chaiyok!
Semoga kita semua dapat mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. In shaa Allah.
see you next entry. bye.
Sumber:

- http://biropsikologi.info
- http://tabloidnova.com
- http://www.ikim.gov.my
- http://bidanku.com
Comments
Post a Comment