Skip to main content

boyfriend tough



Hai assalamualaikum...

Wahhh dah lama aku tak berblog2 ni....Alhamdulillah hari ni berkesempatan. Pagi tadi masa aku nak keluar ke tempat kerja seperti biasalah...my lovely boyfriend (Kashfi) yang tengah sedap tidur boleh tersedar dari alam mimpi berlari anak menuju ke arah pintu dan terus menangis. Ohh afy, umi dah cuba tak nak bagi afy sedar...sorry ganggu afy tidur. Kashfi ni setiap pagi dia mesti bangun awal semata-mata
nak salam, peluk dan cium aku sebelum pergi kerja. Dia akan setia menunggu di pintu sambil melambaikan tangan sampai kereta aku hilang dari pandangan dia... kashfi....thank you for being so sweet to me sayang.



Kashfi jadi sweet macam ni sejak kejadian malang yang menimpa dia 2 bulan yang lalu. Dia terjatuh dari gelongsor dekat taman permainan berdekatan rumah kami. Aku la yang cuai, tak sempat nak sambut dia masa dia jatuh. Dia fracture supracondylar...tapi alhamdulillah fracture dia tak displace. Masa tu aku adalah orang yang paling panik dan rasa gelap kejap dunia ni....tapi aku pura-pura bertenang je dan bersabar.
 Lepas jumpa doktor pakar orthopedik kashfi kena pakai POP( plaster of paris) atau nama kampungnya 'simen'.


Look at his hand, setelah pop dibuka dan yg ni la yg buatkan tangan dia busuk...kashfi elergi kepada pop tersebut dan ia membuatkan kulit tangan afy makin teruk

Tangan dia semakin berair dan meleleh2 nanah.
Perasaan cuak dan panik datang kembali. Tiba-tiba aku jadi blur kejap. Tak tahu nak mengadu kat sapa kebetulan semua family aku balik ke kedah ada urusan penting. Then aku teringatkan Mr S. Nasib baik ada Mr S. Dia mesej membe dia yang kebetulan seorang doktor untuk tanyakan pendapat. Ada je bantuan Allah hantar. Dia suh aku bawa kashfi cepat2 ke kecemasan. 
So,aku terus bergegas ke kecemasan sekali lagi dan akhirnya daripada pop kena tukar kepada fiberglass dan untuk luka yang berair2 tu kena cuci setiap hari dekat klinik kesihatan berdekatan. huh... lega kejap. but, once again perasaan hampa datang kembali bila bilik pop bagitau fiber xde stok...hah?? Aku kena datang balik esok pagi..ok fine.
Maka, pulanglah aku dan afy dari Htar yang sesak itu dan balik ke pangkal jalan.
Lepas balik je dari hospital,malam tu tepat jam 1.00am afy diduga lagi tiba-tiba sesak nafas pula. Aku yang tengah steady tadi tetiba nak nangis plak....lorh..pehal aku ni. Sebenarnya aku kesian kat anak aku yang sorang ni....macam2 sakit kau tanggung nak.

Sabarlah wahai anakku....in shaa Allah semua akan baik-baik saja. Allah kan ada. 

Selain dari patah tangan Kashfi budak bertuah ni juga ada penyakit kulit, ekzema yang agak teruk. Setiap malam dia akan gatal-gatal dan menggaru...Jadi untuk mengelakkan dia garu aku akan sentiasa berjaga tengah malam sapu krim gatal satu badan dia. Selagi dia tak tidur aku akan urut-urut badan dia sampai aku sendiri terlelap.
 Perkara yang paling menyentuh hati aku walaupun dia dalam sakit-sakit ke gatal-gatal ke ucapan 'terima kasih umi' tak pernah lekang dari bibir. Dia seolah-olah menghargai segala apa yang aku lakukan. Afy...afy....kamu sangat kuat nak. umi proud of you. .Terima Kasih Ya Allah untuk anugerah yang terindah ini.
Kashfi my tough boyfriend please cepat sembuh ye. Umi loves you a lot.

Sekian......selamat berpuasa semua. Byeee



Comments

  1. Slm..akak pun ibu tunggal..juga sbb org ke3..hampir 6 thn..alhamdulillah,anak yg 3 org ni pon dah besar2(12,10 dan 6 thn)..moga wa terus tabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.Ten q kak....wa pon tak sabar nak tunggu depa besaq sebesar anak akak...in shaa Allah wa akn jadi tabah macam akak. =)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya