Skip to main content

Body shop ( kulit jerawat)

Assalamualaikum

Hari ni wawa nak share bagaimana cara wawa atasi kulit penuh jerawat dulu..Rasa macam tak layak nak tulis sebab skin sekarang pun bukan flawless. Tapi tergerak nak share benda baik ni mana lah tahu boleh bantu yang mana pernah alami perkara yang sama macam wawa dulu.
 Pertama sekali kita wajib pakai make up remover sebab seharian pakai bedak dan foundation kan. Wawa pakai yang ni



Boleh dapatkan dekat mana-mana drugstore berdekatan anda. Kata Dr Alina Hasni ini adalah remover terbaik yang dia suggest pada patient2 dia. Wawa pakai yang ni pun ok. Sesuai. Harga pun tak mahal.

Selepas remover semestinya pencuci muka kan? pencuci muka yang wawa pakai masa ni masih lagi dari klinik Dermalene. Nama dia
wawa tak ingat.. Selepas beberapa bulan,  pencuci muka wawa habis wawa cuba Tea Tree 3 in 1 wash scrub mask dari TBS( The Body Shop)
Oleh kerana masa ni kulit wawa jenis berminyak, wawa pakai 2 kali sehari. 3 in 1 ni boleh la buat pencuci, scrub dan mask. feel dia selepas cuci muka ya Allah.. memang rasa blackhead tak dak wooo. kulit jadi lembut ja...asyik nak pegang pipi je rasa..haha.. yeay!!! alhamdulillah. lepas pakai ni terus jatuh cinta dengan produk TBS!
Harga rm 75. Tahan setahun.




Next, wawa pakai serum Tea tree Anti-Imperfection Daily Solution
serum ni wawa sangat2 syorkan pada yang tengah berjerawat. Sangat bagus dan berkesan dalam mengurangkan jerawat. Setelah 4 minggu wawa pakai serum ni kulit jadi lebih bersih, bahagian yang berjerawat tu memang nampak pudar la...kulit jadi lebih sihat...tapi serum ni memang khas untuk jerawat je tau bukan parut ye. Harga serum ni dalam rm 89. Boleh tahan sampai setahun. 




Haaaa ni pula toner yang wawa pakai masa kulit berminyak. Toner ni untuk oily skin dan combination skin sahaja.  



Sumber:google 

Masa bulan pertama ok. Lepas 2 bulan pakai toner ni kulit macam pedih.

Akhir sekali sebelum masuk tidur wawa akan pakai ubat jerawat ajaib ni




t3mycin Clindamycin Lotion. Pada wawa inilah produk yang paling utama ataupun boleh wawa klasifikasikan sebagai hero dalam merawat masalah jerawat wawa. Mashaallah....wawa boleh lupa pasal benda ni masa awal2 breakout tu. Sampai setahun baru teringat nak pakai. Walaupun namanya ada 'lotion' tapi dalamnya seperti cecair sahaja. Just dap dap dap kat jerawat batu ke pasir or jerawat yang baru nak menjengah. in shaa Allah esok jerawat yang baru nak menjengah tu terus tak jadi tau..hilang ditelan bumi. πŸ˜‚memang wawa berani kerat kuku la 3 hari je memang kecut jerawat merah2 pun kurang. Cukup 5 hari tinggal parut je..masa wawa dap tu memang kena tahan nafas sebab bau dia ya ampun......menusuk ke lubang hidung zappppp gitu!. Harga dia agak mahal la rm 38 sebotol. Clindamycin ni adalah sejenis antibiotik yang dikategorikan dalam ubat terkawal memang dekat farmasi sahaja ada. Walaupun fizikal dia kecil, tapi tahan setahun tau..


Ok kesemua skincare di atas wawa pakai masa kulit berjerawat sahaja. Ingat ye pesanan wawa ni...tak semua yang kita pakai sesuai, dengan kulit orang lain pun sesuai.ikut jenis kulit... So sebelum try apa2 produk pun bacalah doa dulu..minta yang baik2..semua berlaku dengan izin Allah... kalau kulit dah cantik jangan riak...sebab bila2 masa ja Allah boleh tarik. Yang penting kulit dan badan sihat kan. Sihat tau kalau nak flawless pakai la foundation.nnt wawa review foundation pulaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Ok tq for reading 😊😊😊
Daaaaaa


Comments

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya