Skip to main content

Pengalaman

Baru-baru ni wawa cuti agak lama la so, dapat rehatkan badan dan paling penting fikiran ni jadi ringan. Macam tiada masalah langsung. Tapi sebenarnya lupakan sekejap la masalah tu. Kalau boleh nak bawa mak abah ke tempat yang lebih best tapi ada beberapa hal peribadi yang perlu diselesaikan so, kami stay selangor je. Dikesempatan yang ada wawa curi-curi jumpa kawan-kawan dekat tempat kerja lama. Dapat jumpa my best friend
Ecah kat Klinik Kesihatan Bukit Kuda. Lama tau wawa kerja kat klinik. Pada wawa klinik wawa dapat belajar lebih banyak pengurusan. Masa wawa kerja klinik wawa rasa buat pengurusan ni leceh dan membebankan. tapi bila dah pindah dekat tempat sekarang wawa rasa sangat bersyukur sebab dengan pengetahuan sikit-sikit pasal pengurusan wawa boleh guna bila dah naik pangkat nanti.( naik ke? kahkahkah) At least bila kita buat balik benda yang sama kita dah tahu apa yang kita nak buat kan. tak de lah blurrrrr memanjang. Lagi satu, kat klinik je dapat cuci filem x-ray pakai bilik gelap dan set exposure sendiri. Sekarang kebanyakan hospital dah pakai CR(Computed Radiography). Next month wawa kena ganti juru x-ray klinik kesihatan Padang Serai sebab juru x-ray sana tengah confinement. Haaaa kalau orang yang tak biasa mesti dah gelabah kan. Alhamdulillah wawa ingat lagi cara nak bancuh chemical harap-harap segala urusan dipermudahkan. Sebab tu lah pengalaman tu penting kan. Lagi satu kadang-kadang kita kena keluar berhijrah. Berhijrah untuk lebih majukan diri dan kembangkan kepala otak.( ni ayat kasar la). Berhijrah untuk mendapatkan perubahan yang lebih baik.

wawa juga sempat la melawat kawan-kawan dekat hospital Shah Alam. Bila masa pula wa kerja sini ye?. haha. Actually wawa kat Hospital Shah Alam ni 3 bulan je. Tapi dalam tempoh 3 bulan kat shah alam macam-macam wawa lalui. Masa ni x-ray Shah alam kekurangan staf so, dia tarik staf Klinik pergi sana. Mula-mula cam takut juga nak pergi kerja hospital macam2 dalam kepala tapi tepis la semua. Yang penakut tu wawa yang dulu. acececeh...pooodaaa. Sekali dah kerja sini mak ai best pulak. Kawan2 yang suka bergosip dan gelak kuat-kuat. sampaikan Hospital Shah Alam tu dah jadi rumah wawa lerrr. Makan tidur semua kat bilik oncall tu. Masa ni kisah cam sadis nak mampus. heheh.Terima kasih kak nurul, mira, rushdiah, hizwa, erika, nadia , ayie, yana, erin, kak tie...yang laki daa lupa nama....terima kasih kerana pernah menolong daku ketika susah dulu. banyak juga dapat belajar kat shah alam. Kes banyak nak mampuih. nasib baik  hidup lagi. hoho.




Semua ini akan wawa abadikan sebagai kenangan yang terindah....terima kasih kawan-kawan. Kat klinik ritu tak sempat nak snap gambar dengan ecah, fiza kak mar, ika....sat sangat. i love u all.......

Comments

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya