Skip to main content

Breakout journey (Sihatkan kulit)

Assalamualaikum


Bertemu kembali. Semasa melawat kawan2 dekat tempat kerja lama hari tu kan 'depa' ada la tanya, ' eh kak wa pakai apa sekarang? Kulit kak wa dah ok la'. 
Wawa faham maksud persoalan itu. Mungkin 'depa' terkejut sebab dulu kulit wawa memang
disaster. Ok wawa cerita sikit la pasal breakout ni. Sebelum ni dalam awal tahun 2017 macam tu tak tahu la nak 'describe' macam mana dan sebab apa wawa breakout. May be stress sebab masa ni my life pun sangat teruk. Personal problem, kurang tidur, selalu tidur lewat, kurang minum air putih. Makan minum tak jaga. Jiwa kacau. Kepala otak serabut.  Banyak masalah. Banyak sangat fikir atau may be juga elergi something.. Makin difikir, makin beranak pinak jerawat tu. 
wawa belanja la sikit. Jangan muntah ye.
Nasib wawa ingat pesanan Dr Alina Hasni, gambar breakout jangan buang simpan buat kenangan. 






Eee so scary.....semua ni kenangan tahun 2017.
Actually wawa dah penah breakout tahun 2016 lepas pakai enfuselle dah ok sikit, tapi gatal pergi cuba skincare lain sebab terpengaruh. Ingat ye, kulit kita tak sama. Tak semestinya yang kawan kita pakai sesuai dengan kita.
Lagi satu, kalau nak tukar produk pastikan kulit kita rest at least seminggu then baru apply produk lain. Jika berlaku sebarang 'healing proses ianya cuma ambil masa dalam dua minggu hingga ke 28 hari sahaja(paling lama)..kalau ada yang kata "eh ada kawan aku sampai 6 bulan healing proses dia lepas tu muka dia licin tau semua chemical2 dah keluar".ermmm there's something wrong!...healing proses berlaku at least 2 minggu sahaja! Tiada istilah sampai berbulan2. Kalau lebih dari tempoh ini masih lagi muka jadi teruk better stop using that product!. Bukan nak cakap produk tu tak bagus, mungkin ianya tidak sesuai dengan kulit kita.

Rawatan dan pantang larang
post wawa sebelum ni, wawa ada story pasal  treatment kat Dermalene.. Sempat 2x treatment lepas tu wawa dapat tukar ke Kedah. Tapi wawa ingat semua pesanan Dr Alina. 

1. Elakkan makan kacang- memang dah lama tak makan kacang tanah. memang elergi tapi sebenarnya kacang soya pun tak boleh makan. termasuk kicap. OMG!! kicap? kicap tu favourite wawa kot, espcially kicap manis. sebab tu nama blog pun kicap..Ok wawa akur la...baru sedar kicap tak boleh makan.

2. elakkan makan seafood- no!no!no! . Memang elergi seafood.tapi degil makan juga sebab sotong manis dan sedap nak mampuih!

3. Keluar rumah mesti/wajib pakai sunblock-tak pernah pakai sebelum ni. Kalau boleh elak daripada terdedah dengan sinaran uv terlalu lama. Ia boleh menyebabkan keradangan dan hyperpidmentation
 Kepada kulit dan sekaligus menggalakkan kulit berminyak dan  menimbulkan masalah white/black head.

4. Jangan suka pegang muka. Sebab tangan kita penuh bakteria.

5. Elakkan minuman bergula especially 3 in 1 kerana minuman bergula akan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

6. banyak makan sayur dan buah.

7. elakkan makanan bergoreng dan makanan segera.

Lepas 2 bulan, wawa amalkan la pantang ni ok sikit la kulit tapi parut hitam still nampak jelas. Sebenarnya kena buat treatment lagi, tapi keadaan ekonomi tak mengizinkan. Jadi, memang kalau boleh berharap pada skincare  dan pantang sahaja. Then, luckily wawa jumpa my best friend ruru kat PD. Tengok kulit dia cantiknya dan dia tengok kulit wawa mak ai teruknya. Haha. Jadi, dia la mencadangkan wawa pakai BODY SHOP. Sebab dia kata adik dia breakout teruk dulu dan pakai Body shop alhamdulillah ok. Seperti yang wawa tahu BS ni lebih kepada produk berasaskan organik. So, why don't i try kan. At least dia tak bahaya macam pakai produk ber mercury. Yang penting target wawa nak 'KULIT SIHAT'.

Next entry la wawa story lebih sikit pasal Body shop. Produk dia memang wawa suka sebab very mild dan kulit jadi lembut je lepas apply. 

ok thanks for reading....
Daaaaa..




Comments

  1. assalamualaikum hai . bole sye tnye ttg rwtn d dermalene tu tak ? ad IG ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya