Skip to main content

Jam 12 malam

Assalamualaikum

Salam maal hijrah buat semua pembaca. Walaupun hari ni cuti, tapi wawa kena kerja... biasalah wawa memang suka kerja. (kononnya).

Hari ni kerja dekat OT(dewan bedah). Kiranya wawa standby je kat rumah. Kalau ada kes baru ke hospital..tengahari tadi dah buat satu kes budak 10 tahun ada bendasing dekat bahu dia. Sekejap je... Lepas tu wawa balik... Masak dan makan.. Dah kenyang tidur je la... Nak buat apa lagi..nak bersenam? Ish... Dalam mimpi la.. 

9:30pm

Kedengaran lagu ost my girl menandakan ada panggilan masuk

Misi : hello...cik najwa ke? dari ot ni... Kami nak panggil kes la..budak 3 tahun. Cik najwa boleh datang sekarang tak? 

Wawa: eh, boleh sangat(kang jawab tak boleh kena buat surat tunjuk sebab lak kan). 

Misi: terima kasih cik najwa

Wawa: sama-sama kasih

.............……….......................................................... 

Tepat jam 10pm, wawa terus thumb in...dan berjalan menuju ke minor ot.

12:00 tgh malam... Selesai kes dan wawa macam biasa la kalau balik kelam kabut sikit.. Entah apa yang nak dikejar. 

tadi sebelum keluar rumah terperasan ada tahi burung kat cermin depan ni. Terus terdetik dalam hati... Minta-minta sat lagi hujan turun. Bersih sikit cermin ni. Tak sangka Allah makbulkan. Alhamdulillah

Perjalanan balik ke rumah sangat suram dan sunyi.. Hanya kereta wawa je atas jalan. Kalau dulu waktu macam ni ada lagi orang lepak dekat kedai makan tepi-tepi jalan ni. Tapi sekarang kan musim covid. Semua lepak depan tv kat rumah je. 

Sebelum sampai di perkarangan rumah, wawa ada juga terfikir.... macam mana eh... Kalau masa wawa nak buka pagar tu ada orang follow dan........ (aishhh.... Benda buruk jangan pikiaq wa)... Tapi dalam perjalanan wawa tak berhenti baca doa ni. 


Doa tawakal dan memohon perlindungan daripada Allah. Dalam kereta, bermula dari keluar rumah sampai jalan balik memang baca doa ni je.. Tambah-tambah bila lalu tempat gelap dan sunyi. 
Jom kita amalkan sama-sama. Semoga kita sentiasa dilindungi dan berada dalam rahmat Allah. 

Selamat malam.... daaaaaa


Comments

  1. Replies
    1. Ya nadia... Anak2 wa pun wa ajar sebelum keluar rumah dan sebelum naik kereta mesti baca doa ni.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...