Skip to main content

Kebenaran yang menyakitkan

 Hai.... Morning

Wawa ternampak post ni dekat Quora jadi wa nak post dekat sini sebagai pengajaran. 

Gambar diambil oleh seorang jururawat yang menjaga pesakit ini. Pesakit dalam gambar ini dimasukkan ke hospital kerana sakit tua. Sepanjang 3 hari dia berada di dalam wad tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang datang melawat. 

Akan tetapi, yang menariknya hanya ada seekor merpati yang setia menanti di sisi katilnya sejak hari kedua dia dimasukkan ke wad ini. 

Akhirnya kebenaran terungkai apabila jururawat tadi bertanya kepada pesakit itu mengenai keberadaan burung merpati di sisinya. Sebenarnya, setiap hari dia akan ke taman untuk berehat sambil memberi makan kepada merpati ini tanpa jemu selama beberapa tahun. 

Kesimpulan yang wawa dapat dari kisah ni ialah, beri makan kepada manusia(tak semua la) belum tentu dia boleh ingat dan balas. Tetapi bila kita beri makan pada haiwan sampai bila-bila pun ia akan kenang. 

Ke hampa ada kesimpulan lain? Cuba share kat komen wawa nak tau jugak. 

******************************************

Thanks for reading....daaaa


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya