Skip to main content

Angan-Angan Mat Jenin

Hai

Beberapa hari yang lalu aku berborak dengan seorang kawan melalui whatsapp. Dia ni memang terkenal dengan mulut yang pedas. Bukan sebab makan cili. Tapi dia kalau cakap memang makan dalam. So aku mengadu sikit kat dia dan dia balas dengan kata-kata yang sangat
menyakitkan. Huh, nyesal aku cakap. Walaupun semua kata-kata dia pada aku memang betul. But it's really hurt. Really, really hurt. Ohhhh......

Antara bahagian yang paling menyakitkan adalah ' kau dok angan-angan mat jenin tak guna juga'. Dia cakap aku angan-angan mat jenin??? Ya aku memang suka berangan. Tapi kenapa nak salahkan mat jenin?

Kalau ikut yang aku ingat la. Mat jenin ni memang suka berangan dan satu hari dia sibuk berangan nak jadi kaya dan mengahwini puteri raja. Akhirnya dia terjatuh dari pokok kelapa dan mati di tempat kejadian.

Jadi, kawan aku tadi sebenarnya nak menegaskan pada aku, jangan sibuk berangan je, buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan pastikan buat sampai jadi. 

Walaubagaimanapun, aku terfikir....kalau mat jenin masih hidup, adakah dia akan berusaha untuk menjadi kaya dan mengahwini puteri raja seperti dalam angan-angan dia???? Haaaa siapa tahu kan?. 

Jadi, sekian sahaja kawan-kawan. Selamat berangan!!

byeee.



SUMBER
1. bp.blogspot.com
2. ytimg.com

Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...