Assalamualaikum kawan-kawan.
Oleh kerana wawa baru lepas tengok movie jadi wawa nak buat review sikit pasal movie yang 'bapak best' sangat ni.
Train to Busan merupakan filem horror yang dinanti-nantikan untuk tahun 2016. Filem arahan pengarah terkenal Yeon Sang Ho ini, mengisahkan tentang
satu virus yang melanda rakyat Korea Selatan.
Seok Woo berhajat untuk membawa anaknya (Soo Ann) bertemu bekas isterinya yang tinggal di Busan sebagai hadiah ulangtahun kelahiran Soo An. Seok Woo dan anaknya menaiki Express train untuk ke sana. Tiba-tiba muncul seorang wanita yang berkeadaan sangat pelik dengan terdapat gigitan pada bahagian pehanya naik train yang sama.
selepas beberapa ketika perempuan pelik tadi terus berubah menjadi zombie. Bermulalah jangkitan demi jangkitan pada penumpang dalam train tu.Yang menarik tentang filem ini ialah penonton diberi penekanan tentang perjuangan beberapa penumpang dalam melarikan diri dari gigitan zombie. Usaha dan semangat untuk menyelamatkan diri sangat menarik perhatian wawa. Dalam keadaan yang kelam kabut itu hanya akal yang bijak dapat melawan serangan zombie itu.
Beberapa penumpang yang terselamat berkumpul dalam satu gerabak. Manakala gerabak lain dipenuhi zombie. Perasaan terkejut tergempaq dan nak tercabut jantung wawa rasa bila part dalam gerabak zombie ni.
Pengorbanan dan kasih sayang juga diterapkan dalam filem ini. Wawa sangat terharu apabila seorang demi seorang sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkan insan yang tersayang walaupun masing-masing baru sahaja kenal ketika naik train itu.
Wawa memang nak sangat-sangat anda tonton cerita ni. Memang sangat best dan pasti anda berpuas hati. 5bintang wawa bagi. Tahniah Yeon Sang Ho untuk cerita yang mantap nih.
Selamat menonton!
Sumber
1.http://indowarta.com/
2.https://3.bp.blogspot.com/
Comments
Post a Comment