Hai...
Sahabat....
Semua orang ada sahabat. Bagi aku, sahabat itu.....
bukan macam bola sepak, dah dapat lepas tu sepak jauh-jauh.
Sahabat itu bukan macam beli emas, baru beli pakai la..bila pokai pergi kedai pajak gadai.
Sahabat juga bukan macam
bank, time dah tak de duit baru sibuk nak cari atm.
Sahabat bukan macam pampers, dah penuh muatan lepas tu buang.
Sahabat......bukan semua di atas.
Erti sebuah persahabatan
Aku ni bukan seorang yang ramai sahabat. Ya, sebab aku ni tak pandai bersosial.
Aku tak tahulah kenapa, bila aku rapat dengan seseorang, lepas beberapa ketika kawan tu pasti akan tinggalkan aku. Dapat tukar tempat kerja misalnya.Walaupun sangat sedih bila sahabat kita pergi, tapi erti sebenar persahabatan bukanlah perlu berada dengan kita sentiasa. Namun, hubungan dalaman yang terjalin akan tersemat di dalam jiwa. Itulah memori yang paling indah dalam ingatan kita.
Aku bila dah bersahabat aku akan jadi sangat sayang dengan sahabat aku. Bukan sayang je, percaya dan jujur dengan dia. Tu semua sekarang la. Kalau dulu tak pun, ada juga tipu sunat. haha.
Sekarang, aku ada seorang sahabat. Baru je kenal, jumpa pertama kali dekat depan rumah kakak aku, lepas tu lepak kat Sepang selfie bagai dan.... sampai sekarang. Kerja dalam bidang yang sangat berbeza dengan aku. Tapi kami ada 1 persamaan, iaitu kami suka menulis... Ya, kalau masa sekolah tulis diari, tapi zaman dah maju sekarang, tulis blog arrr. Haha. Errr, tapi tak berani nak rapat sangat, sebab dengar kata dia nak pergi menetap di Osaka....
Walau ke mana pun kau nak pergi suatu hari nanti, i just want you to know, that i'm so glad that i found you. Sorry beb, aku tak pandai cakap Jepun. Haha.
Aku harap persahabatan yang suci lagi murni ini kekal hingga ke akhir hayat.
Buat semua sahabatku, aku minta maaf andai pernah melukakan hati kalian. Aku memang selalu terlepas cakap. Maafkan aku sahabat-sahabatku. Sesungguhnya aku sentiasa merindui kalian semua. Tolong maafkan segala kekhilafan aku pada kalian. Semoga semua sahabat-sahabatku hidup bahagia di dunia dan akhirat. Dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat. In shaa Allah.
Sekian.... happy reading =)
byeee.
SUMBER
1. hudhafah.files.wordpress.com
2. http://ilymr.blogspot.my
Oit, pergi osaka bercuti je, Bukan pergi menetap hahaha. Apapun semoga apa yang terjalin kekal hingga jannah. Amin.
ReplyDelete