Skip to main content

Nyawa-nyawaku bahagia

Oke hai semua.....

Haaa.... dengan cuaca yang sangat baik hari ini wawa buat plan mengejut dengan mak. Hajat di hati nak bawa anak-anak jalan. So, tanpa membuang masa terus wawa google sungai yang cetek dan cantik untuk anak-anak wawa main dengan selamat.

Setelah berpuas hati kami buat keputusan nak berkelah di
Hutan Rimba Air Terjun Lata Bayu.


 

Wahhhh cantik kan. Hmmmm sebaik sahaja kami sampai, terus cari port yang cetek-cetek je airnya sebab nak bagi anak-anak mandi kan. Oleh kerana perut terlalu lapar, letak je barang-barang terus buka lauk-pauk yang mak masak. Excited sangat nak makan ayam goreng dengan kari ikan tenggiri. Tiba-tiba dengar mak jerit " Ya Allah....aku lupa". Hati wawa dah berdebar-debar, 'tak kan lupa nak ambik nasi kot'. Sekali rupa-rupanya wawa lupa nak ambik kari dan sambal atas meja. Hahahahaha. Padan muka. Tak pelah kami cuba berfikiran positif, tak de rezeki. Nasib baik bawa kicap manis, so lauk kami petang tu adalah ayam goreng dan kicap manis sahaja. haha. Belasah je la labu. Sebab dah lapar sangat masing-masing tambah 4 pinggan jugak. Haaaaaa. I love kicap manis. (selingan)


Masa tengah makan tiba-tiba mak sekali lagi bersuara ' kak cik, mak rasa air kat sini macam dalam juga la. Lepas tu macam 'scary' pula kawasan ni'. Hmmm kami semua berpandangan sesama sendiri. Eh lupa nak cakap, wawa datang dengan sepupu sepapat wawa juga. Kami pun setuju dengan pendapat mak. Shehan sepupu wawa yang cantik decide kami gerak ke sungai Baling, situ air cetek dan pemandangan pun sangat cantik. Apa lagi, bergerak pula kami ramai-ramai ke sana.






Haaa ingat tak sebelum ni pernah viral pasal cuaca terlalu panas peniaga buka warung dalam sungai. ni lah tempat dia. Cantik betul la sungai ni. Sesuai sangat bawa budak-budak mandi.

Lihatlah...wajah nyawa-nyawa wawa ni..... happy sangat. Love you all a lot.
Kalau mereka happy, wawa 4x lagi happy tau...Sayang anak-anak umi. mmmuah.

Ok lah...thanks for reading =)
See you next entry bye.......




Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...