Skip to main content

Balik Kedah

Assalamualaikum... hai

Setelah hampir 2 tahun wawa di Klang, akhirnya pulang jua wawa ke kampung halaman Kedah. Wahhhh sebab lama tak balik kan, jadi sangat teruja bila masuk je negeri jelapang padi ni. Rindu sangat-sangat. Sebelum ni, wawa teragak-agak sangat tentang keputusan untuk
berpindah ke Kedah. Selepas sampai beberapa hari yang lalu, wawa nekad dan yakin memang Kedah la tempat yang sesuai buat wawa meneruskan sisa-sisa kehidupan bersama anak-anak.



Haaaa.... cantik kan kan kan.....Hmmmm tenang betul bila tengok sawah padi ni.

Selepas 2 hari lepak dekat rumah, wawa rasa perasaan membuak-buak untuk shopping tu hadir. So, apa lagi terus start kereta dan.........



Tadaaaaaaaa..... wawa sampai kat sini. Wawa suka C-mart ni sebab kat dalam banyak sangat gerai-gerai tudung dan shawl murah-murah. wawa kan minat bawal simple, tak payah cari jauh-jauh kat sini bersepah. Sukanya wawa !!!

Lepas dah puas shopping, wawa terus bergerak ke Sg. Karangan rumah kawan sekolah lama wawa. 


Haaaaaa ni lah orangnya. wawa terpaksa crop gambar wawa sebab nampak hidung penyet dan kembang. haha. kantoi. Rindu sangat dekat minah ni. Last kami jumpa masa adik wawa kawen, lebih kurang 2 tahun yang lalu. Agak terkilan sebab kawan wawa lagi sorang Jamaizatun Hafiza dah balik Kl....huhu. Hampa.... tak de rezeki nak jumpa.

Ok lah, sekian sahaja story mory untuk hari ni. Thanks for reading guys!byeee









































sumber
http://hannashaindah.blogspot.my

Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Patah sayap bertongkat paruh

Hai assalamualaikum Pada hari yang sangat panas ni wawa teringat satu drama. Sebenarnya wawa tak layan drama melayu. Bukan sebab tak mau sokong ke apa. Tapi sebab kebanyakan drama melayu semua cerita pasal rampas suami orang, kacau bini orang, pakwe orang, tunang orang eh semua pasal rampas la memang ada dalam drama melayu... Baik layan drama korea.. Kan...beza sangat.. Tapi kali ni wawa rasa terdetik di hati nak layan drama "patah sayap bertongkat paruh" ni kat astro ria.. Sebab semalam mak ada cakap 'kak cik drama patah sayap bertongkat paruh lakonan fasha sandha tu sebiiiiiijik macam kisah