Skip to main content

Bawal atau Jenahak?

Hai assalamualaikum.

Haaa dah lama nak post pasal ni tapi cam tak confident jek. Akekekekeke.
Ok, pertama sekali aku nak highlightkan
di sini aku memang tidak suka makan ikan bawal. Sebab ikan bawal banyak isi. Aku suka yang banyak tulang. Lagipun aku kan keje dengan tulang temulang. Eh, eh eh apa aku mengarut ni.

Ok serius kembali, aku nak cerita pasal tudung, bukan ikan. hehe. Ramai yang tanya, ( eh ramai ke)' kenapa aku masih mengenakan bawal bukan shawl? tak up to date la asyik pakai bawal je'. 
Selain tu ' pakai la shawl jemu la asyik bawal je' 
Dan beberapa lagi kenyataan lain. Haha

Kannnn cantik je model ni pakai bawal. Suka la dia ni.... kalau dia ni jadi model tudung kan aku mesti rasa nak beli. Tapi bila aku pakai tak cantik cam dia pun. Akekekekeke.

Bawal vs shawl:

1. senang dipakai

Tudung bawal yang pastinya pada aku senang dipakai. Sebab aku memang tidak pandai melilit-lilit di kepala. Aku jeles juga tengok orang lain pakai cantik je. Tapi bila aku pakai cam selekeh je. Muka pun jadi bulat semacam . eeeeuuuuu. Tak nak arrr. 

2. 5 minit je

Aku la kan, kalau nak cuba pakai dan lilit ambil masa yang sangat lama. Contoh macam tadi, mak aku jerit 3x sebab tunggu aku lilit tak siap-siap. Last2 aku campak shawl neelofa aku tu ambik bawal dan terus pakai. Tak sampai 5 min. 

3. Sesuai pakai ke tempat kerja

Kalau dekat tempat kerja kan, senang lagi pakai bawal. sebab nanti masa rehat nak solat senang nak buka dan pakai balik. 

Tapi sekarang kan ada instant shawl sesuai la untuk orang yang tak pandai lilit-lilit cam aku ni. Instant je aku confident nak pakai sekarang.


Haaa time ni terdesak..sebab tiba-tiba je anak aku sesak nafas, dan nak cepat punya pasal aku main ambik je instant yang adik aku bagi ni. Time malam boleh la pakai. Time siang aku belum confident lagi. haha.

Walau apa pun fesyen tudung terkini, bawal tetap pilihan hati.

ok lah...happy reading. bye.





















sumber
1. http://3.bp.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Patah sayap bertongkat paruh

Hai assalamualaikum Pada hari yang sangat panas ni wawa teringat satu drama. Sebenarnya wawa tak layan drama melayu. Bukan sebab tak mau sokong ke apa. Tapi sebab kebanyakan drama melayu semua cerita pasal rampas suami orang, kacau bini orang, pakwe orang, tunang orang eh semua pasal rampas la memang ada dalam drama melayu... Baik layan drama korea.. Kan...beza sangat.. Tapi kali ni wawa rasa terdetik di hati nak layan drama "patah sayap bertongkat paruh" ni kat astro ria.. Sebab semalam mak ada cakap 'kak cik drama patah sayap bertongkat paruh lakonan fasha sandha tu sebiiiiiijik macam kisah