Skip to main content

Bibik naik lemak

Assalamualaikum ...

Yeayyyy esok raya. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia dan dapat merasa raya lagi. Sebelum kita bergembira meraikan hari mulia esok, macam biasa la malam ni la kita sibuk kemas rumah kan. Alhamdulillah tahun ni semua family berkumpul dekat
rumah aku di Klang sebab mak dan abah memang duduk dengan aku dah sebulan. 

Sebelum ni memang aku dan anak-anak je kat rumah. So, my family yang sangat prihatin dan baik hati mensponsor aku bibik untuk bantu dan teman aku anak beranak. Bibik aku ni memang baik la. Aku salute dia tentang solat. Solat sentiasa di awal waktu. Bibik aku ni muda lagi, dalam 21 tahun umur dia. Bab jaga anak-anak aku memang A. Aku bagi 89% la kat dia. Alhamdulillah.

Tapi, yang aku tak puas hati adalah kerja rumah. Aku perasan sejak dia kerja kat rumah aku dah masuk 7 bulan cam tu, badan dia makin gemuk la. Padahal aku makan lagi banyak dari dia. So sepanjang mak aku kat rumah ni, mak aku siasat untuk aku.  

Sebab-sebab bibik aku gemuk

1. pagi-pagi dia bangun lepas subuh dia akan kemas rumah. Kemas ruang tamu dan dapur sahaja sebab dalam bilik anak-anak aku tidur

2. Lepas dah siap kemas dan mop lantai sidai baju bagai, dia masuk tidur.

3. 10.30 pagi dia tak bangun lagi sampai kadang-kadang aku jerit baru bangun.    ( ni time aku ada weekend)
kalau dia bangun pun bukan nak terus mandikan anak-anak aku malah boleh pula duduk dengan anak- anak aku tengok tv. Last-last aku la yang mandikan sebab anak-anak aku ni kalau aku ada memang nak aku je. Nak bermanja. So, dia rilek baring kat depan tengok tv. Amboi-amboi.... pergi la lap-lap dapur ke apa ke. ish...berapi je telinga aku.

4. Pagi-pagi anak aku hanya diberikan susu sahaja. makanan sarapan tidak disediakan. Kalau aku suruh  baru dia buat. Kadang-kadang time tengahari baru anak-anak aku makan. Patut la susu anak-anak aku seminggu 2 kg.

5. Time bulan puasa ni kan setiap hari mak aku yang bangun masak sahur. Aku tak bagi memang aku suruh bibik. Tapi mak aku memang jenis penyayang. one day, mak aku tak bangun then aku bangun masa tu dah pkul 5.20 am. Tak sempat nak buat apa kecuali goreng telur. so aku goreng telur and panaskan lauk semalam. uolls nak tahu tak aku gorengkan telur, sedangkan bibik aku masih sedap tidur. Aku goreng untuk dia sekali. Eh, ewah ewah.... Lepas tu aku yang kejut dia bangun sahur.

6. Tadi, masa jam 8.30pm, aku dengar ada orang cuci bilik air. Aku bajet bibik aku. (dalam hati berbisik' bagus rajin pula dia') sekali yang keluar kakak aku da...kakak aku yang tengah mengandung tu cuci bilik air aku. Aku cari bibik aku. Dia dalam bilik tengah sedap tidur?????? what ????? 

Actually rumah ada sawang, kat luar kasut tak tersusun dan bersepah, dalam bilik  berhabuk sebenarnya perabot semua. Aku memang jenis pendam. Sebab aku dah suruh dia buat. Tak kan setiap hari aku nak kena ketuk. Aku rasa baik tak de bibik kalau macam ni. Bilik air aku pun aku yang cuci sendiri sebab dia cuci tak bersih. Jadi dia naik lemak dan bertambah-tambah lemak. Banyak lagi kerja dia boleh buat, cuci kipas ke, cuci peti sejuk ke, lap almari ke. Semua ni kalau aku tak suruh dia tak buat. Tak kan aku kena senaraikan tugas harian dia dan tampal kat dinding kot. Kalu baru kerja ok la... ni dah 7 bulan.
 
Sinetron ke drama ke semua dia layan ok. Aku memang tak de masa nak tengok tv sebab sibuk dengan blog and novel.(yelah tu). Memang aku bayar astro untuk bibik aku tengok tv la kan.. (tangan kat bahu mata juling)


Macam membazir je family aku bayar dia. Bukan buat kerja pun dok membuta dan tengok drama je. Salah aku kot. Sebab aku tak garang. Tak pandai la nak menyinga hari-hari. Menambahkan kedutan di wajah je. wakakaka. 

Aku akan menjadi singa lepas ni....kalau kau malas juga baik kau balik Indon je la. Buang karan je ada bibik malas macam kau. Tapi kalau tak de bibik susah juga aku nak ber blog2 ni.

                                          ecececeh...busy la sangat

 Lagipun sejak aku jadi single ni memang aku banyak rileks la...berbanding masa ada husband dulu, semua kerja aku buat. Balik kerja je letak anak terus masuk dapur. kemas rumah sampai 12 tengah malam. Semua tinggal kenangan la. Sekarang adalah masa untuk aku goyang kaki dan enjoy being single!!! YAHOOOO. Baru aku tahu best rupanya jadi single. I can do whatever i want.

Ok lah... thanks for reading...bye.



Comments

Popular posts from this blog

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Ciri-ciri Sunscreen terbaik

Sunscreen sangat penting dalam rutin penjagaan kulit seharian kita. Tentunya ada yang mengelak untuk pakai sunscreen sebab bila pakai especially selepas letak foundation terus mekap jadi oily lah, kadang-kadang bercapuk dan rasa melekit di wajah. Memang dari dulu wawa tak pakai sunscreen sampailah kulit wawa rosak dan bila jumpa doktor pakar kulit perkara pertama yang dia tanya