Assalamualaikum....
Selamat Hari Raya semua..... yeayyyyyy =(. Malas sebenarnya nak post pasal raya. Tapi...bolehla.... dari tak de langsung cerita sal raya. ahaks.
Semua orang post balik kampung la... gambar keluarga bahagia. Nanti time hari raya mesti banyak orang post gambar raya..
Bestnye....aku????
Hmmmm sukar
nak explain perasaan ni. Ntah kenapa aku rasa shahdu dan sayu la plak. Tak sangka raya tahun lepas adalah raya terakhir aku sebagai seorang isteri. huhu.
Aku nak cerita pasal raya tahun lepas la. Bukan nak kenang-kenang kenangan lalu... cuma at least ada kenangan yang tersemai dalam blog aku ni. Mana la tau kalau satu hari nanti umur aku dah 60 tahun (kalau umur panjang)...boleh aku baca balik and nasihatkan cucu-cucuku tentang erti kesetiaan dan kejujuran. (eh ada kena mengena ke). wekkkk.
Raya pertama Tahun 2015
Berlatar belakangkan lagu Aishah pulanglah.....
…Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah… )
Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
( korus )
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )
( ulang dari korus )
Pulanglah kepangkuan ku oh… sayang
Ku menunggu mu di hari raya
(Eh... lagu ni tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. Cuma ketika itu memang lagu ni tengah berkumandang di corong radio.)
Tahun ni turn raya rumah mak mertua. Alhamdulillah best juga. Sebab aku yang jadi tukang masak. Aku masak rendang, pagi tu buat nasi tomato dengan daging masak itam. Sedap jugak aku masak (tetamu la yang kata) aku dok kembang kempis kembang kempis je. Well, kami memang happy masa tu.... Kami 5 beranak pakai baju raya kaler purple gelap. Comel sangat anak-anak aku pakai kaler tu. Aku la yang pilih. By the way, tahun itulah tahun pertama kami pakai baju raya sedondon satu family.
Masa nak bergambar kan, terdetik dalam hati aku( mungkinkah kebahagiaan ini berkekalan sampai tahun depan?)
Masa tu, aku dah tau sikit-sikit. Tapi aku pura-pura bahagia dan senyum sebab fikirkan anak-anak yang masih kecil dan perlukan kasih sayang ibu dan bapa.
Pernah la terfikir...sampai bila aku nak menahan cinta yang bertepuk sebelah tangan ni... Tapi tak pe lah...aku berkorban demi kebahagiaan ank-anak aku. Balik kampung keluarga mertua...singgah rumah saudara mara. Macam bahagia sangat-sangat. Tapi sepanjang hari aku terfikir...kenapa dia buat aku begini. Apa salah aku? Hanya dia yang tahu jawapannya.
Then...hari-hari raya berlalu dengan penuh tanda tanya... But it's ok... i'm gonna be fine... Tu semua aku anggap mainan dia je. Mungkin dia bosan. (cuba nak menipu diri sendiri)
Tapi ALLAH maha Mengetahui, Dia tahu aku susah hati. Aku pula jenis suka pendam. Tak nak tanya dia sebab tak nak dia serabut dengan aku dan buat dia bertambah tak suka dan fade up dengan aku. Aku cuba jadi yang terbaik supaya dia tak de alasan nak mesej perempuan lain. Huh!!! tapi hampeh..... perempuan sekarang memang suka suami orang... walau macam mana aku cuba pertahankan pun dia tetap nampak perempuan itu lebih menarik dan kebabom.
Aku buat istikharah.....baca AL- Quran....minta petunjuk pada Allah. you know what???? Tak lama pun ALLAH tunjuk kat aku...sebelum raya haji segalanya terbongkar. Sangat amazing...ALLAH sayang kat aku . Dia tunjuk satu persatu kebenarannya... aku tak tanya pun...semua bukti datang sendiri. Amazing bukan???
Well.... sekarang semua dah selesai...... dia pun dah bahagia hingga ke jannah. Dah ada anak baru. Tahniah. Semoga kau terus menjadi suami yang setia kepada isterimu. Jangan kau lukakan hati dia seperti mana kau lukakan aku dahulu.
Comments
Post a Comment