Skip to main content

Move on! you can do it!

Hai assalamualaikum.

Baru-baru ini, aku mendapat mesej dari rakan-rakan yang sangat prihatin. Mereka bertanyakan khabar aku dan anak-anakku. Sejujurnya aku sangat menghargai keprihatinan kalian. Alhamdulillah ramai rupanya orang yang sayangkan aku. Semalam sebelum aku melelapkan mata aku layan lagu Ronan Keating yang bertajuk " if tomorrow never comes". Tiba-tiba
air mata mengalir. 
Lantas cepat-cepat aku bangun dan tutup lagu tu. Dalam hati aku berbisik ' alamak...apa ni tak kan aku rindu kat dia kot? No! No!'. Ya Allah.....susahnya aku nak lupakan dia. Lantas aku teringatkan satu peristiwa.

Bila teringatkan kejadian itu, aku terus benci dan berjaya lupakan dia balik. huhu. Sadis betul hidupku ini. Bagi sesetengah orang yang tidak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka tidak akan faham. Tetapi bagaimana pula dengan yang pernah merasainya? Untuk move on bukanlah semudah yang disangka.

Walaupun nampak kecil, tapi ia mengambil ruang paling besar dalam hidup kita. Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan. Watak-watak yang pernah hadir dalam hidup meninggalkan parut yang sangat dalam dan nampaknya tidak mungkin akan hilang. Hati bingung, akal bercelaru. Adakah ini menunjukkan kita lemah?

Bukan! Memang lumrah hati manusia adalah lemah, sehingga kadang-kadang boleh buat kita terduduk tanpa mampu berdiri. 



Walaubagaimanapun, kita jangan mudah putus asa dan teruskan hidup terlebih dahulu.

Hidup tak semudah garis lurus. Kita kena menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing dah membawa haluan sendiri.

Sememangnya bibir mudah melafazkan 'aku redha'. Tapi hakikatnya hati sendiri yang tahu. Redha itu payah nak dapat. Sukar nak dibuat. Kadang-kadang perasaan yang tidak baik ini sering mengganggu hati kita seperti putus asa, kesedihan yang melampau dan tekanan perasaan. 

Jika perasaan begini datang cepat-cepat aku beristigfar agar perasaan ini berlalu pergi.

Memang sangat sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat. Lelah manapun kita nak bangun. Jangan pernah mengalah. Sakit dan luka hanya sebahagian dari perjalanan hidup. Semua perkara terjadi adalah bersebab. Suatu hari nanti kita akan tersenyum apabila bertemu dengan hikmah yang Allah tunjukkan.

Percaya pada Allah. In Shaa Allah kita akan lebih tenang.

Thanks for reading...byeeee





Sumber
1. http://quoteshunter.com/wp-content/uploads/2015/10/Move-on.jpg
2. https://s-media-cache-ak0.pinimg.com
3. http://quotes-lover.com
4. akuislam.com

Comments

  1. Hari tidak sentiasa mendung... selepas hujan turun pasti mentari akan keluar menyinari kembali..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

krim safi lidah buaya

HAI  ... =) Ok...entry sebelum ni aku ada cerita pasal bedak ronasutra kan....disebalik bedak ronasutra yang aku pakai tu , aku pakai krim safi tutup hijau ni dulu... Ada membe aku tanya aku pakai apa kat muka jadi putih kan..Ini la jawapannya...sebenarnya

Review : sunblock HELIOCARE 360

Assalamualaikum dan hai. Pada bulan mac 2019 baru-baru ni wawa sekali lagi breakout. Kali ni breakout wawa adalah disebabkan oleh sunblock. Sebelum ni wawa ada review sunblock juga hampa boleh baca sini . Tapi wawa stop pakai Derma E sbb susah nak beli. Kena beli online dan oleh kerana dia produk US so, macam lambat la sampai. Jadi wawa cuba cari sunblock yang ada dekat Watson je but before that wawa baca review kat google dan group produk farmasi kat fb. Wawa terjebak dengan satu sunblock ni, Yadah tone up base . Ramai cakap ok. So, wawa try dan sampai 2 bulan wawa pakai baru wawa tau yang sunblock tu buat muka wawa

Nampak hantu

Hai assalamualaikum... Korang pernah nampak hantu tak? Untunglah kalau tak pernah. Aku pernah nampak sekali. Kisah dia macam ni...... Masa tu, aku berpindah duduk dengan seorang membe aku. Ketika kejadian ini, aku dah hantar anak-anak aku balik Kedah, sebab masa ni, keadaan kewangan aku tak stabil. Jadi aku tak mampu nak bayar kos pengasuh , sewa rumah kat klang mahal sangat dan kos-kos lain. Gaji aku negatif dah. Duit simpanan pun dah habis bayar kos guaman. Jadi membe aku si Fiza ni kesiankan aku, so, dia ajak aku duduk dengan dia. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan yang memahami. Sewa rumah dia pun tak mahal. Aku hanya bayar rm100.  Bermulalah proses angkut-mengangkut barang-barang rumah aku ke rumah Fiza. Kiranya dalam rumah Fiza tu penuh dengan barang aku la. Lepas tu Fiza beri aku bilik. Bilik ni katanya dah lama kosong. Fiza ni kemas orangnya. Jadi memang sejak housemate dia pindah dia tak buka pintu bilik ni. Tak pernah! sampailah aku datang. Kalau te...