Pernah tak anda mengalami perkara-perkara di bawah sebelum, semasa dan selepas haid?
Ya... aku jawab sendiri. Hahaha. Then, selepas semua berakhir aku kembali normal dan tenang. Alhamdulillah. Ketika aku mula-mula
sedar segala simptom ini aku merasakan apakah aku tidak normal? Aku ada sakit mental ke atau apa? Jadi aku terus tanya kepada sahabatku Noorahafiza Ahmad Khair. Ehhh, rupanya dia pun mengalami perkara yang sama.
***************************************************************
Pakar perunding obstetrik dan ginekologi , Dr Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak disedari wanita, sebaliknya ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutamanya pasangan mereka.
Emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka. Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progestron.
Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit.
Oleh yang demikian, jangan mudah melenting andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar dan penyayang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba. Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui seseorang wanita. Jadi persiapkanlah diri anda untuk mendalami pasangan ketika mereka dalam keadaan seperti di atas. Jika tidak, tentu banyak masalah akan timbul.
*****************************************************************
Pada sekitar tahun 2009, semasa on call dekat Hospital Langkawi, aku dapat satu panggilan untuk kes portable. Setelah membaca borang x-ray dengan teliti(acececehhh poyos sangat) aku pun naik ke wad pesakit tersebut. Wad psikiatrik perempuan.
Setibanya aku di kaunter wad:
Aku terpandang skrin dari cctv sebuah bilik. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 30an sedang mundar- mandir dalam bilik tersebut sambil sikat rambut dan bercakap sendirian.
Lantas, dengan perasaan mengepoh aku ni, aku pun tanya la misi yang kiut tu,
"pasai pa dia jadi lagu tu? macam muda lagi". Soal aku ingin tahu
"ooo dia ni memang setiap kali datang bulan dia memang akan jadi hilang akal,jadi memang rutin setiap bulan dia akan dimasukkan ke sini." Terang misi kiut itu dengan bersungguh.
*****************************************************************
Hmmm... ni yang kes serius la. Minta dijauhkan la. Oleh yang demikian walaupun wanita dalam haid atau nifas kita jangan sesekali membazir masa dan membiarkan hari-hari tersebut berlalu dalam keadaan lompang. Berusahalah mendekatkan diri dengan Allah dengan membaca doa ketika haid ini.
Antara fadhilat yang kita dapat dengan mengamalkan doa ini ialah:
1. Dihapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu
2. Dimudahkan perjalanan darah haid
3. Mendapat pahala beribadat sepanjang haid
4. Meraih pahala 40 orang syahid
5. Selamat dari azab neraka
6. Dimudahkan melalui Titian Sirat
Allahuakbar... banyaknya fadhilat dia... mari kita amalkan sama-sama ketika hari pertama datang bulan. Semoga kita tidak terlebih sentap dan marah-marah lagi ketika waktu tersebut. In shaa Allah.
Selamat beramal.... jumpa lagi di entry yang lain. byeeee
sumber
1.https://shafiqolbu.wordpress.com
2.http://halaqah.net
3.http://4.bp.blogspot.com
Comments
Post a Comment